Saturday, April 18, 2009

2009 Yamaha XJ6 & XJ6 Diversion


Jika Kawasaki sebelum ini mengisi segmen middleweight dengan melancarkan model ER6n, kini Yamaha bertindak balas merebut segmen tersebut dengan model baru mereka iaitu XJ6 bagi model naked dan XJ6 Deversion untuk mencabar ER6f dalam kategori fairing setengah. Juga model ini saingan kepada model Honda CBF600 dalam kelas yang sama.
Dari segi luaran, model ini tampak amat menarik sekali,dengan reka bentuk moden,sesuatu yang sering menjadi pertimbangan bakal-bakal pembeli, selain dari kos , mereka sering tercari-cari model yang mampu membuatkan mereka Nampak lebih garang dan ranggi, bukankah reka bentul itu sesuatu yang paling menjadi pertimbangan bakal pembeli?.
Seperti juga Kawasaki, Yamaha mempertaruhkan model ini kepada 2 pilihan,model XJ6 adalah model naked yang diberi reka bentuk cukup segar, manakala XJ6 Diversion pula didatangkan dengan fairing setengah, namun secara peribadi penulis sendiri lebih meminati model XJ6 berbanding XJ6 Diversion.
XJ6 didatangkan dengan pilihan warna putih, kuning ataupun hitam, manakala bagi model Diversion pula anda boleh memilih sama ada warna merah, biru atau graphite. Dan anda boleh memilih model yang dilengkapi dengan sistem brek ABS.
Selain itu apa yang lebih menarik perhatian adalah mutu buatan motosikal ini yang amat bagus, dibuat dari bahan-bahan berkualiti tinggi, malah mutu buatannya dan rekaannya amat kemas dan moden.Cuma apa yang kurang digemari mungkin pada Lengan ayun yang tampak terlalu ringkas, system ekzos yang tidak nampak sporty dan fork depan jenis konvesional, namun bukankah ini sebuah motosikal entry level, bukan sebuah naked kategori sport.
Tambahan kerangka model ini dibuat dari tiub keluli, sedikit berat berbanding kerangka aluminium yang digunakan pada FZ6,namun sebagai sebuah motosikal jalanan, ini bukan masalah besar, tambahan lagi motosikal ini dibina lebih kepada kegunaan dalam bandar.maka langkah ini sedikit sebanyak menurunkan kos pembinaan motosikal ini. Lantas ianya dapat dijual dengan lebih murah.
Sebenarnya enjin yang digunakan pada model XJ6 dan XJ6 Diversion ini juga dipinjam dari model FZ6, ditala untuk memberikan tunggangan bersahaja, memberikan lebih tork untuk mempermudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi seterusnya. Menghasilkan 78 kuasa kuda pada 10,000 rpm dan 44 ft-lbs tork pada 8,500 rpm, tambahan pula dengan kelancaran dan respon lancar dari kotak gear dan klac , model ini dengan mudah mampu membuatkan tayar depan terangkat apabila pendikit direntap agak kasar.
Dengan tayar belakang bersaiz 160, motosikal ini lebih lincah menyusuri kesesakan lalu lintas, namun mampu mengigit permukaan jalan dengan kemas jika sesekali mahu bermain dengan selekoh, sementara itu panel instrument pula ringkas tetapi amat mudah dibaca, terdapat satu meter kelajuan jenis digital dibahagian kiri dan meter penunjuk kelajuaan enjin di sebelah kanan, semua maklumat yang dikehendaki penunggang mudah sekali diperolehi. Model ini juga didatangkan dengan cermin-cermin pandang belakang yang amat jelas. Satu ciri keselamatan yang amat penting, tambahan pula untuk penunggang-penunggang yang baru berjinak-jinak untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Jika dibandingkan model ini dengan saingan terdekatnya iaitu Kawasaki ER6n, mungkin ramai yang akan memilih model ini, pertama kerana reka bentuk model keluaran Yamaha ini nampak lebih moden dan sedikit ranggi , tambahan pula tidak seperti model ER6n yang menggunakan 2 selinder selari, Yamaha ini ditenagai oleh enjin 4 selinder yang dipinjamkan dari model FZ6 yang ditala supaya memberikan lebih keselesaan dalam tunggangan.
Mungkin ramai bakal pembeli model lawan kini kembali berkira-kira, mana satu pilihan mereka, Cuma tepuk dada tanya selera..


Selanjutnya...

Link Exchange

Followers

 

Street Bike Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org